Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Perlis Mula Kibar Jalur Gemilang

By 28 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini/Siti Nur Balqis

ARAU, 28 Jul (MalaysiaAktif) – Selaras dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Muar, Johor hari ini, negeri Perlis telah juga mula menggerakkan komuniti setempat bagi menjayakan inisiatif mengibarkan Jalur Gemilang.

Penduduk Kampung Simpang Sanglang bersemangat menjayakan inisiatif kibar Jalur Gemilang

Menurut penduduk Kampung Simpang Sanglang, Jamilan Abd Samad, 64, yang juga ahli Komuniti MADANI Perlis, pelaksanaan awal kempen adalah sebagai tanda amanat yang menyeru seluruh rakyat menghayati erti kemerdekaan yang bukan hanya melalui simbolik bendera tetapi menerusi kesatuan dan tindakan bersama sebagai rakyat.

“Kita anggap kempen ini sebagai tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bersama dan Komuniti MADANI menjadi pemangkin utama untuk menyebarkan semangat Merdeka hingga ke peringkat akar umbi,” ujarnya ketika ditemui di sini, hari ini.

 

Antara inisiatif yang digerakkan termasuklah pemasangan bendera bersama penduduk kampung di sekitar Kampung Simpang Sanglang sebagai tanda sokongan terhadap usaha memupuk semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Inisiatif itu dilihat sebagai sebahagian daripada gerakan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, yang menekankan kepentingan nilai kebersamaan, tanggungjawab sosial dan cinta akan tanah air.

-AA-

Tinggalkan komen anda