Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pesta Buku Tarik Golongan Muda di Perlis

By 28 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 28 Jul (MalaysiaAktif) – Pesta Buku Perlis 2025 menjadi bukti bahawa minat membaca dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda terus mekar dan berkembang.

Acara tahunan itu menarik ribuan pengunjung termasuk pelajar sekolah yang dilihat tekun memilih bahan bacaan pilihan mereka.

Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk hadir ke pesta buku

Menurut Arissa Dayana Mohd Nasir, 14, pelajar dari SMK Dato’ Sheikh Ahmad, beliau tidak melepaskan peluang untuk hadir ke peasta buku berkenaan.

“Saya cari buku yang sesuai untuk remaja dan banyak jumpa novel baru serta komik pendidikan,” katanya kepada MalaysiaAktif baru-baru ini.

Sementara itu, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah, Nur Amani Qaisara Muhd Fahmi, 13, menyifatkan pesta buku itu sebagai peluang luar bilik darjah untuk menimba ilmu.

“Buku novel popular memang menarik minat saya di mana cara penulisannya mudah difahami dan tak bosan,” ujarnya.

Kehadiran golongan ibu bapa seperti Roslina Mamat, 44, seorang surirumah, yang hadir bersama suami dan anak-anak turut menyatakan sokongan dalam mencari bahan bacaan yang berkualiti ke arah membentuk budaya membaca.

Pesta Buku Perlis tahun ini bukan sahaja menampilkan pelbagai penerbit dan genre bacaan malah turut menyelitkan elemen hiburan pendidikan yang sesuai untuk seisi keluarga demi menyokong matlamat pembinaan masyarakat berilmu seiring dengan nilai MADANI.

Penganjuran kali ini bermula Sabtu lepas sehingga 3 Ogos ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari bermula 9 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

-AA-

Tinggalkan komen anda