Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program JIWA Medium Perkenal Komuniti MADANI kepada Masyarakat

By 21 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Dasuki Dahaban (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 21 Jul (MalaysiaAktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA): Mini Karnival Maal Hijrah di perkarangan Surau Al-Muttaqin, Taman Puncak Bougainvillea, Padang Rengas, di sini kelmarin menjadi medium memperkenalkan Komuniti MADANI kepada masyarakat setempat.

Mohd Hassan (tengah) gembira program mencapai matlamat yang diharapkan.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Lubok Merbau Mohd Hassan Mahmud, matlamat program tersebut adalah untuk memperkenalkan Komuniti MADANI seliaan Jabatan Penerangan (JAPEN) kepada penduduk di kawasan itu dan sekitarnya.

“Antara lain tujuan utama program ini adalah untuk memudahkan penduduk mendapatkan perkhidmatan kaunter daripada jabatan dan agensi seperti Jabatan Pendaftaran, Pejabat Kesihatan dan Maybank.

“Kita mendapat kerjasama yang sangat baik daripada seluruh pihak malah sambutan daripada pengunjung adalah lebih baik daripada apa yang diharapkan, maka kita akan meneruskan program sebegini pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui, di sini.

Pertandingan gubahan pulut kuning.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Tuan Saiful Bahari Tuan Ismail dalam ucapannya berkata Komuniti MADANI merupakan organisasi sosial yang wujud di setiap daerah dengan 18 di Kuala Kangsar yang bertanggungjawab menggerakkan pelbagai program dan aktiviti bersama masyarakat.

“Komuniti MADANI adalah organisasi secara terpimpin di bawah seliaan JAPEN namun yang menggerakkan semua aktiviti adalah jawatankuasa komuniti tersebut.

“Di peringkat jabatan, komuniti ini merupakan tulang belakang dan penggerak JAPEN untuk menyebarkan segala dasar, hala tuju, maklumat serta perkhidmatan semasa kepada masyarakat,” ujarnya.

Antara pengisian program termasuklah perarakan kontinjen Maal Hijrah, Bicara ‘Scammer’ oleh PDRM, pameran agensi, pemeriksaan kesihatan dan mata, jualan gerai makanan serta pertandingan seperti mewarna, memanah, baling damak dan gubahan pulut kuning.

-RI

Tinggalkan komen anda