
Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Ammar Hasif (Perak)
IPOH, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Seramai 2,000 pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) telah mengikuti perarakan berjalan kaki sambil mengibarkan Jalur Gemilang adalah salah satu pendekatan bagi menzahirkan rasa cintakan kepada negara sempena Bulan Kebangsaan.

Jenny Choy Tsi Jen ketika berucap bagi menyempurnakan perasmian program.
Perarakan ini turut diiringi dengan beberapa buah kereta yang dihiasi Jalur Gemilang bagi menaikkan semangat pelajar untuk berarak bermula dari Astaka, Padang Kampus Astra menuju ke Dewan Jubli Perak.
Menurut Timbalan Di-Pertua Dewan Negeri Perak Jenny Choy Tsi Jen, pendekatan program ini melambangkan kekuatan kerjasama antara
pelajar, kakitangan pengurusan dan masyarakat dalam menghayati erti sebenar kemerdekaan.
“Program ini bukan sahaja sebuah perarakan atau pertandingan menghias kenderaan, tetapi merupakan platform memperkukuh semangat patriotisme, nasionalisme, dan kecintaan terhadap negara,” ujarnya ketika merasmikan Program Perarakan Merdeka@PUO 2025, di sini semalam.

Pepelasan perarakan yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How.
Tambahnya lagi, menerusi penganjuran program ini pelajar turut diberi peluang untuk berkarya dan mengekspresikan kreativiti melalui hiasan kenderaan yang bertemakan kenderaan.
Jenny Choy Tsi Jen mengakhiri ucapannya dengan mengucapkan syabas serta penghargaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How atas sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Penerangan Negeri Perak (JAPEN), Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PUO serta Sekretariat Rukun Negara PUO.
-RI





