Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

51 Peserta Uji Ketangkasan di Kejohanan Memanah Tradisional Pasir Mas

By 25 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad

PASIR MAS, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Seramai 51 peserta menguji kemahiran serta ketepatan dalam seni panahan tradisional dalam Kejohanan Memanah Tradisional 1000 Liga Daerah Pasir Mas di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 3, kelmarin.

Para peserta bersedia sebelum memulakan pertandingan.

Presiden Kelab Memanah Tradisional Wan Qassim, Marzukiakie Muhammad Yusuf berkata kejohanan itu menampilkan acara memanah statik tradisional dengan dua jarak utama iaitu 30 meter (m) dan 25m.

Jelasnya, kedua-dua jarak itu dipilih bagi memberi cabaran sebenar kepada setiap peserta untuk menguji fokus, kesabaran dan kecekapan masing-masing.

Majlis perasmian kejohanan disempurnakan oleh Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas yang baharu Mazlan Mohd Ariffin.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan memanah ini turut disertai oleh peserta wanita.

“Sukan memanah tradisional perlu terus diperkasakan kerana selain menyihatkan tubuh badan, ia juga merupakan warisan bangsa yang wajar diwarisi oleh generasi muda,” katanya.

Penyertaan itu katanya membuktikan minat masyarakat terhadap memanah tradisional semakin meningkat dan percaya ia mampu mencungkil bakat baharu dalam sukan memanah dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

-RI

Tinggalkan komen anda