
Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)
SUNGAI PETANI, 18 Ogos (MalaysiaAktif) – Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) dilaksanakan setiap kali menjelangnya Bulan Kebangsaan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan meningkatkan kecintaan rakyat kepada negara melalui pengibaran bendera tersebut.

Juliana Ibrahim ketika menyampaikan ucapan.
Bertitik tolak dari itulah, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda dan Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 7 Kuala Muda Yan bekerjasama menganjurkan Program Jiwa MADANI Kemerdekaan di Desa KEDA Che Bema, di sini semalam.
Pegawai Penerangan Daerah Kuala Muda Juliana Ibrahim menyeru seluruh masyarakat untuk menyemarakkan semangat jiwa merdeka dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis perniagaan, dan pada kenderaan masing-masing.
“Pastikan juga bendera lama yang koyak, lusuh dan buruk itu di ganti dengan Jalur Gemilang yang baharu dan pastikan juga setiap Jalur Gemilang yang di pasang tidak terbalik dan mengikut tata cara pemasangan yang betul,” katanya.

Simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada JKPKP.
Turut diselitkan dalam program ialah penyerahan geran hak milik kepada enam orang penerima yang telah menetap di situ melebihi 10 tahun oleh Penasihat KEDA Parlimen Merbok Datuk Shaifol Hazizy Zainol Abidin.
Salah seorang penerima geran hak milik, Jalaudin Abu Seman, 67, bersyukur kerana KEDA telah menunaikan janji untuk menyerahkan geran hak milik setelah sekian lama menunggu.
-RI





