
Laporan/foto: Nur Syahida Che Rus (Yan)
YAN, 8 Ogos (MalaysiaAktif) – Program ‘Jasmani Sihat Wanita Hebat’ disasar menjadi platform mempererat hubungan sesama peserta, membina semangat kekeluargaan dan memupuk rasa solidariti dalam kalangan wanita.

Para perserta dibahagiakan kepada kumpulan kecil.
Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Kakitangan Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) Datin Fauziah Halim berkata program berkenaan memberi ruang untuk wanita menjalankan aktiviti sihat seterusnya mengukuhkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
“Saya berharap, kita semua dapat menjadikan acara seperti ini sebagai platform untuk saling mendekatkan diri seperti sebuah keluarga besar,” katanya ketika merasmikan program di Caribbean Campsite, Ruat, di sini semalam.

Kumpulan 1 telah menjadi juara keseluruhan.
Aktiviti sukaneka rakyat dengan penglibatan peserta yang memakai pakaian tradisional Kedah menambahkan warna-warni pada acara yang hasil kolaborasi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Sambutan hangat dan penglibatan aktif semua peserta menjadikan program itu sangat bermakna dan berjaya mencapai matlamatnya.
Para wanita yang hadir bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama mereka, tetapi juga memperlihatkan semangat kekitaan dan kerjasama yang kukuh.
-RI-






