Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

NEXUS: Platform Pemantauan Digital untuk Rakyat

By 17 Ogos 2025Ogos 18th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini/Siti Nur Balqis

PADANG BESAR, 17 Ogos (MalaysiaAktif) – Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, kualiti perkhidmatan internet dan keberkesanan infrastruktur komunikasi menjadi antara faktor utama kesejahteraan masyarakat kini.

Kenderaan rekreasi Motorhome BERNAMA Mobile Studio turut dipamer di Program Perlis Connect.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) justerutelah memperkenalkan NEXUS, sebuah platform pemantauan digital nasional yang berfungsi sebagai sistem rujukan menyeluruh untuk menilai pengalaman penggunaan internet di seluruh negara.

Menurut Timbalan Pengarah, Jabatan Pusat Pemantauan Pengalaman MCMC Kamarul Ariffin Kamarulzaman, NEXUS dibangunkan bagi memastikan masyarakat mendapat perkhidmatan komunikasi yang adil, telus dan berkesan.

“Melalui platform ini, data prestasi rangkaian dapat dikumpulkan, dianalisis serta dipaparkan secara bersepadu bagi menilai tahap capaian dan kualiti perkhidmatan internet di setiap kawasan.

“NEXUS bukan sekadar platform teknikal, tetapi satu mekanisme untuk membolehkan rakyat mengetahui dengan jelas tahap liputan Internet di kawasan mereka. Data yang dikumpulkan ini akan menjadi asas kepada penambahbaikan infrastruktur komunikasi secara lebih berkesan,” katanya pada Pocket Talk sempena Program Perlis Connect di Padang Besar Street, di sini.

Antara peserta Program Perlis Connect.

Katanya lagi, NEXUS sangat berperanan dalam mengukur kepuasan rakyat terhadap capaian internet harian dan melalui pemantauan berterusan, isu seperti liputan lemah, kelajuan rendah atau gangguan rangkaian dapat dikenal pasti dengan lebih cepat dan tepat.

Selain memberi tumpuan kepada pengalaman pengguna, NEXUS turut membantu menilai keberkesanan pelaburan infrastruktur komunikasi yang dilaksanakan kerajaan dan penyedia perkhidmatan.

Data yang diperoleh juga katanya membolehkan pihak berkepentingan mengambil tindakan penambahbaikan segera, selaras dengan keperluan sebenar masyarakat.

“Salah satu kelebihan utama NEXUS ialah penyediaan data yang telus untuk rakyat. Masyarakat boleh melihat sendiri status liputan dan capaian di kawasan mereka, sekali gus meningkatkan keyakinan bahawa isu-isu berkaitan internet dipantau secara terbuka dan berdasarkan fakta,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda