
Laporan/foto: Azree Zaki (Raub)
RAUB, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat daerah Raub berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik.

Antara kontinjen yang menyertai acara perarakan.
Acara perarakan melibatkan 20 kontinjen termasuk agensi kerajaan, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan turut mencuri tumpuan dengan perarakan yang cukup berdisiplin.
Seorang pengunjung Mahadi Bidin, 43, berkata sambutan Hari Kebangsaan penting dalam memperingati tentang pengorbanan, perjuangan, dan semangat perpaduan yang telah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan berbilang bangsa.

Mahadi Bidin ketika ditemu bual.
“Setiap tahun saya berasa bangga dan teruja menyambut Hari Kebangsaan dalam suasana yang harmoni dan penuh kebersamaan,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini hari ini.
Tambahnya lagi, sambutan kali ini menzahirkan semangat cintakan negara dan menghargai jasa pejuang kemerdekaan yang telah mengorbankan segalanya demi kebebasan tanah air.
Acara yang bermula seawal pukul 7.30 pagi itu disempurnakan Pegawai Daerah Raub Datuk Mohd Khuzaidi Harun dan dihadiri lebih 500 orang.
-RI





