Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Taklimat Kempen Internet Selamat SJKC Wah Man Dedah Keselamatan Digital

By 22 Ogos 2025Ogos 24th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Magdellina Alfred Jeho/ Collin Kumar Ngalang (Sarawak)

SARIKEI, 22 Ogos (MalaysiaAktif) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Sibu dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Sarikei mengadakan satu sesi taklimat khas Kempen Internet Selamat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wah Man, di sini bagi memberi pendedahan mengenai aspek keselamatan digital, semalam.

Radin menyampaikan taklimat bertajuk Kempen Internet Selamat di SJKC Wah Man, Sarikei.

Taklimat bersempena Program JIWA@Komuniti MADANI yang bertujuan memperkukuh kesedaran dalam kalangan pelajar dan ibu bapa itu mendapat sambutan menggalakkan melibatkan lebih 150 peserta termasuk guru, ibu bapa, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Komuniti MADANI daerah Sarikei.

“Kempen ini bertujuan memberikan pendedahan tentang risiko dunia maya seperti buli siber, penipuan dalam talian dan eksploitasi digital.

“Selain itu, penekanan juga diberikan kepada penjelasan mengenai had umur penggunaan media sosial dan larangan bagi kanak-kanak bawah 13 tahun termasuk menggalakkan peranan aktif ibu bapa dalam memantau aktiviti digital anak mereka,” menurut Timbalan Pengarah MCMC Sibu Radin Blayong.

Liaw yang merupakan Guru Besar SJKC Wah Man, Sarikei.

Pada program tersebut, Radin menyampaikan taklimat secara interaktif menggunakan video pendek, simulasi kes siber dan kuiz keselamatan digital dan beliau turut mendedahkan pserta kepada konsep “Jejak Digital” dan bagaimana setiap tindakan atas talian boleh memberi kesan jangka panjang.

Sementara itu, Guru Besar SJKC Wah Man Liaw Sui Cheng, 57, yang ditemubual selepas program berkata pelajar kini semakin terdedah kepada dunia digital dan taklimat tersebut membuka mata semua pihak tentang betapa pentingnya pendidikan siber sejak usia muda.

-RJ-

Tinggalkan komen anda