Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Bomba Pekan Nasihatkan Orang Ramai Sentiasa Waspada Cari Etok di Sungai

By 22 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)/Jabatan Bomba dan Penyelamat Pekan

PEKAN, 22 Sep (MalaysiaAktif) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah Pekan menasihatkan orang ramai yang ingin mencari etok di Sungai Pahang agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati sewaktu melakukan aktiviti berkenaan.

Orang ramai perlu peka dan waspada mengenai keadaan semasa air sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata nasihat itu dikeluarkan ekoran kejadian lemas yang melibatkan seorang lelaki tempatan ketika sedang mencari etok, Jumaat lalu.

“Sungai Pahang mempunyai arus yang kadangkala berbahaya walaupun kelihatan tenang di permukaan. Jadi, sebelum turun ke sungai pastikan keadaan air selamat, cuaca baik, dan lakukan aktiviti ini bersama rakan atau keluarga, bukan bersendirian,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi turut berada di lokasi kejadian sewaktu operasi menyelamat mangsa lemas petang kelmarin.

Tambahnya, keselamatan nyawa perlu sentiasa menjadi keutamaan dan orang ramai diingatkan agar tidak mengejar hasil tangkapan sekiranya keadaan berisiko.

“Saya juga ingin mengingatkan supaya mereka yang melakukan aktiviti di sungai menggunakan peralatan keselamatan seperti pelampung atau tali keselamatan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda