Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kem Pangkalan Udara Butterworth Bakal Nikmati Internet Berkelajuan Tinggi

By 16 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amalina Shazwani Suhaimi/Shamsul Bahari Abdul Shukor

BUTTERWORTH, 16 Sep (MalaysiaAktif) – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Udara Butterworth, di sini bakal menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi menerusi projek Fibre-to-the-Home (FTTH) yang sedang giat dilaksanakan ke arah meningkatkan kesalinghubungan digital di kawasan perumahan tentera.

Melalui inisiatif tersebut, warga ATM ditawarkan pakej Perajurit Broadband pada harga intimewa RM49 sebulan untuk kelajuan 100Mbps, dengan tawaran pengenalan RM39 sebulan dalam tempoh enam bulan pertama.

Tinjaun ke lokasi RKAT di Butterworth yang merupakan salah satu kem utama di bawah Kluster 1 (Utara).

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil telah turun meninjau perkembangan projek berkenaan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di pangkalan tersebut, yang merupakan salah satu kem keutamaan di bawah Kluster 1 (Utara), di sini kelmarin.

Projek yang melibatkan 73 kem tentera di seluruh negara dengan lebih 59,000 unit RKAT itu dilaksanakan hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan ATM menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani 11 Okt 2024.

Menurut Fahmi, pelaksanaan projek FTTH dilaksanakan di bawah DUSP Part 1 oleh Stealth Solutions dan DUSP Part 2 oleh TM Technologies Services

“Dengan kemudahan ini, warga ATM dan keluarga bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup, malah ia turut menyokong pendidikan anak-anak serta memperkukuh kesejahteraan keluarga tentera. Ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk memastikan tiada komuniti tercicir daripada arus digital,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda