Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Warga Parit Buntar Sambut Kemeriahan Ambang Merdeka

By 1 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita Othman/Nurhafishah (Kerian)

PARIT BUNTAR , 1 Sep (MalaysiaAktif) – Ambang Merdeka@Parit Buntar 2025 anjuran Majlis Daerah Kerian berlangsung meriah di Padang Sintetik Parit Buntar, di sini kelmarin dengan kehadiran penduduk setempat yang berpeluang meraikan malam kemerdekaan secara terbuka bersama keluarga.

Pegawai Daerah Kerian juga turu hadir bersama ketua ketua jabatan Daerah Kerian.

Penganjuran program itu turut memberi ruang kepada masyarakat menikmati pelbagai aktiviti santai dalam suasana penuh harmoni sambil menyemarakkan semangat patriotisme.

Setiausaha Majlis Daerah Kerian Norhafisah Mohamad berkata sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini juga lebih meriah kerana adanya cuti tambahan dan ramai yang mengambil kesempatan bersama keluarga.

“Dianggarkan hampir 3,000 orang hadir untuk menunggu kiraan detik ambang Merdeka dengan tembakan bunga api sebagai acara kemuncak,” ujarnya ketika ditemui, kelmarin.

Tayangan wayang pacak kepada pengunjung yang hadir.

Tambahnya lagi, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya Senamrobik Zumba, Larian Merdeka 6KM, Pertandingan King, Queen dan cilik Merdeka, Wayang Pacak, sepakan penalti, Netball Shootout dan persembahan nyanyian.

Turut hadir Pegawai Daerah Kerian Saidi Shaari serta ketua-ketua jabatan Daerah Kerian.

-RI-

Tinggalkan komen anda