Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Belanjawan 2026 Bukti Keprihatinan Kerajaan Terhadap Komuniti India

By 10 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Hakeem Ismail

SHAH ALAM, 11 Okt (MalaysiaAktif) – Pembayaran awal Fasa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjumlah RM2 bilion mulai 18 Oktober dan diskaun tol 50 peratus sempena Deepavali menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, Papparaidu Veraman yang merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman pelbagai inisiatif dalam Belanjawan 2026 berkata ia memberi manfaat besar kepada komuniti India.

“Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 kepada lebih 22 juta rakyat serta peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA untuk komuniti India daripada RM600 juta kepada RM1 bilion membuktikan komitmen kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Papparaidu turut menghargai inisiatif jaminan pinjaman perumahan, pembangunan infrastruktur kampung India serta Program Vanakam MADANI yang menyediakan bantuan barangan keperluan asas sempena Deepavali.

“Langkah-langkah ini selaras dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan keadilan dan kesejahteraan untuk semua,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda