Skip to main content
Berita TempatanSarawak

JPBD Pakan Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Monsun Timur Laut

By 30 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto :Boniface Watt Su/ Ignatius Golen Sungai (Sarawak)

PAKAN, 30 Okt (MalaysiaAktif) – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pakan di Pejabat Daerah Pakan, semalam bertujuan menyelaras persiapan dan meningkatkan kesiapsiagaan pelbagai agensi dalam menghadapi Monsun Timur Laut.

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Pegawai Daerah Pakan William Manggoi menekankan kepentingan kerjasama erat antara semua agensi bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk daerah sentiasa terjamin sepanjang musim monsun.

Sementara itu, Komander Operasi, Ketua Polis Daerah Julau Deputi Superitendan Haiqal Ramesh memaklumkan musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut yang dikenali sebagai musim landas di Sarawak dijangka bermula awal November 2025 dan berakhir pada Mac 2026.

Ketua Polis Daerah Julau Deputi Superitendan Alif Haiqal Ramesh Abdullah (depan) bertanggungjawab sebagai Komender Operasi.

“Musim landas ini sering dikaitkan dengan hujan lebat berlarutan dan cuaca tidak menentu, ditambah pula dengan fenomena air pasang besar di kawasan sungai memerlukan perhatian serius semua pihak” katanya.

Pada masa sama, Ketua Polis Daerah Julau Alif Haiqal Ramesh Abdullah dipertanggungjawabkan sebagai Komander Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), dibantu oleh Pegawai Bomba Daerah Bintangor sebagai Timbalan Komander Operasi manakala Pegawai Daerah bertindak sebagai Pengerusi Pengurusan Bencana, sebagaimana ditetapkan dalam Arahan NADMA.

Dalam pada itu, penduduk di Pakan diingatkan supaya berjaga-jaga, peka terhadap maklumat cuaca semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang bencana bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut wakil daripada pelbagai jabatan dan agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Pakan, Jabatan Penerangan Daerah Pakan dan ketua-ketua kaum Daerah Pakan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda