Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

HPPK 2025 Beri Peluang Tingkatkan Ekonomi Peniaga Kecil

By 4 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoffirman (Temerloh)

TEMERLOH, 4 Nov (MalaysiaAktif) – Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2025 yang berlangsung selama tiga hari di daerah ini memberi peluang kepada peniaga tempatan meningkatkan pendapatan.

Menteri Besar Pahang menyantuni peserta program.

Salah seorang peniaga di Karnival HPKK 2025 Rizuan Mat Jusoh, 31, berkata penganjuran program ini secara tidak langsung meningkatkan pendapatan peniaga keci sepertinya.

“Saya amat menghargai usaha pihak kerajaan dengan menganjurkan program seperti ini yang mana ia merupakan salah satu usaha meningkatkan lagi pendapatan dan merancakkan aliran ekonomi setempat,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif sempena Majlis Perasmian Penutup HPKK 2025 Peringkat Kebangsaan, Ahad lalu.

Rizuan yang menjual sambal hitam iaitu sejenis makanan tradisional negeri Pahang juga berharap agar program seumpana itu dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

Antara yang hadir ke Majlis Perasmian HPKK 2025.

“Saya harap program ini dapat diadakan dalam skala yang kecil pula dan lebih kerap lagi,” katanya.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mewakiliPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis tersebut.

Seramai kira-kira 800 penjaja dan peniaga kecil menyertai HPPK 2025 yang menampilkan pelbagai hasil jualan.

-RI

Tinggalkan komen anda