
Laporan/foto: Hamidah Hamid/Media Parlimen Kuala Pilah
KUALA PILAH, 28 Nov (MalaysiAktif) – Kewujudan Kampung Angkat MADANI Polis Diraja Malaysia (PDRM) berupaya mengeratkan kerjasama masyarakat dan polis demi mengekalkan keselamatan rakyat serta keamanan negara.

Gimik Penyerahan Kampung Parit Seberang sebagai Kampung Angkat MADANI PDRM.
“Kampung Angkat MADANI PDRM merupakan satu kesinambungan usaha mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang ingin mewujudkan kepentingan kerjasama masyarakat dalam menjaga keselamatan daerah, negeri dan negara seperti mana slogan PDRM ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.
“Melalui inisiatif ini, bukan hanya aspek keselamatan dilakukan tetapi beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan termasuk naik taraf balai raya, lampu solar, penurapan jalan, serta program Sekolah Angkat MADANI Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi,” kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad.

Suasana hadirin majlis penyerahan.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Kampung Parit Seberang sebagai Kampung Angkat MADANI PDRM yang turut disaksikan Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan, di sini kelmarin.
Salah seorang penduduk yang hadir Norazizi Mozerin, 46, berkata usaha mewujudkan Kampung Angkat MADANI perlu diperluaskan khususnya dalam kalangan agensi keselamatan seperti PDRM kerana dapat mengukuhkan hubungan masyarakat dan polis demi komuniti yang lebih selamat dan harmoni.
-RI





