Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Keselamatan Kebakaran Tanggungjawab Bersama

By 17 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 17 Nov (MalaysiaAktif) – Keselamatan kebakaran bukan hanya menjadi tanggungjawab pihak keselamatan atau agensi tertentu tetapi setiap komuniti dan organisasi perlu bersama-sama mencegah dan memainkan peranan sewajarnya.

“Isu kebakaran bukan hanya terletak kepada jabatan tertentu, tetapi merupakan tanggungjawab bersama. Sering kali apabila terjadi kebakaran kecil, seperti api lilin yang terbiar lama atau suis tidak ditutup yang akhirnya akan membawa padah yang lebih besar.

Rueben, penceramah kebakaran.

“Hal-hal sebegini yang perlu kita segera tangani dengan kesedaran pencegahan bermula dari sekarang. Ini termasuk dengan pendidikan pencegahan sedari sekolah rendah yang menitikberatkan disiplin yang tinggi dan keprihatinan warga setempat,” kata Penasihat Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL) Muhammad Khadamul Haramain Mawardi.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival Pencegahan Kebakaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan Cawangan Kuala Pilah di Dewan Mini Anjung Sri Perpatih, di sini kelmarin.

Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan kakitangan UiTM yang mahu mendapatkan penerangan tentang pencegahan kebakaran daripada PPKKL.

Karnival Pencegahan Kebakaran mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan juga kakitangan UiTM.

“UiTM dilihat sebagai sebuah institusi yang menitikberatkan soal keselamatan yang tinggi dan kita juga mahu setiap individu terutamanya warga kampus untuk peka dengan persekitaran yang boleh menyebabkan kebakaran dan seterusnya mencegah daripada terus merebak,” katanya.

Turut hadir Pengarah Unit Fasiliti UiTM Cawangan Negeri Sembilan Surayya Hany Samat, Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Tc Fauzan Hadi Hussin dan Pengasas Fire Preventors’ Society Reuben Teoh Seng Sheong.

Sesi mewarna bagi anak-anak kakitangan juga diadakan sebagai salah satu aktiviti untuk memberikan kesedaran kepada mereka tentang bahaya api.

-RI

Tinggalkan komen anda