Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Peserta Cilik Pahang Wakili Malaysia ke FIM MiniGP

By 4 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 4 Nov (MalasiaAktif) – Peserta cilik dari Pahang Al-Adam Mikail Mohd Hafirul Aliff akan mewakili Malaysia ke FIM MiniGP Dunia Final di Valencia, Sepanyol yang dijadualkan pada 14 November ini.

Adik Al-Adam Mikail menerima sumbangan wang tunai dari Kerajaan Negeri Pahang.

Al-Adam Mikail, 11, pelajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap berkata peluang yang diberikan itu akan digunakan sebaiknya bagi mengharumkan nama negara dan negeri Pahang.

“Saya rasa gembira kerana dapat mewakili Malaysia bersama seorang lagi peserta dari Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal, di sini semalam.

Beliau yang ditemani bapanya juga memberitahu akan berusaha sedaya upaya bagi memenangi pertandingan tersebut.

“Ini kali pertama saya menyertai pertandingan di luar negara, jadi saya akan berusaha untuk memberikan saingan terutama kepada pelumba tuan rumah dan pelumba dari Jepun yang dikatakan antara pencabar,” katanya.

Fadzli memberitahu Kerajaan Negeri Pahang berbangga dengan pencapaian adik Al-Adam.

Kerajaan negeri menyalurkan sumbangan wang tunai sebagai perbelanjaan buat Al-Adam Mikail.

Fadzli berkata kerajaan negeri amat berbangga dengan pencapaian Al-Adam Mikail yang akan mewakili negara ke pentas dunia.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Al-Adam Mikail yang akan bertanding di peringkat antarabangsa. Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan dan kerajaan negeri sentiasa menyokong bakat muda dalam bidang sukan pemotoran kerana sukan ini mampu membentuk disiplin yang tinggi dalam kalangan anak muda,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda