Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tilawah, Hafazan Al-Quran Semarak Syiar Islam di Bumi Darul Iman

By 1 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini Mohamad

SETIU, 1 Nov (MalaysiaAktif) – Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat negeri Terengganu Darul Iman 1447 Hijrah berlangsung penuh gilang-gemilang, sekali gus menyatukan umah dalam suasana penuh penghayatan terhadap kalam suci, di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, di sini kelmarin.

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin hadir di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu.

Majlis disempurnakan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut berangkat Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra.

Tengku Muhammad Ismail bertitah bahawa al-Quran merupakan pedoman utama umat Islam, membawa ketenangan dan kesejahteraan kepada sesiapa yang membaca, memahami serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

“Sebagai umat Islam, kita bukan sahaja dituntut membaca dan menghafal al-Quran, tetapi juga memahami dan mengamalkan ajarannya,” titah baginda.

Abdul Hadi Johan Qari Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 1447H.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) atas komitmen berterusan dalam memartabatkan syiar Islam serta melahirkan qari dan qariah bertaraf dunia.

Majlis menyaksikan Abdul Hadi Che Ab Halim dari Kuala Terengganu dinobatkan sebagai Johan Qari, manakala Nur Jannah Ab. Rahman dari Setiu diumumkan sebagai Johan Qariah dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM8,000.

-RI

Tinggalkan komen anda