Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

APM Bera Pertingkat Kesiapsiagaan Hadapi Banjir

By 19 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irmadiana (Bera)/APM Bera

BERA, 19 Dis (MalaysiaAktif) – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bera mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi musim banjir di daerah berkenaan.

Kesiapsiagaan anggota APM Bera di paras yang maksimum.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Bera Kapten (PA) Nurul Ashikin Mohd Anwar berkata seramai 25 anggota ditempatkan dalam keadaan berjaga-jaga dan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Sebelum ini, daerah Bera telah dilanda banjir dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka dan syukur keadaan banjir terkawal,” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa terutama di kawasan berhampiran sungai dan kawasan yang berisiko banjir.

“Kami membuat pemantauan dari semasa ke semasa dan diharapkan orang ramai peka dengan cuaca dan paras air di kawasan mereka,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda