Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Majikan Prihatin Lindungi Bekas Banduan Pekerja Rentan

By 3 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal

KLANG, 3 Dis (MalaysiaAktif) – Setiap majikan mempunyai peranan dalam membantu golongan pekerja khususnya golongan rentan dan bekas banduan, kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan negeri Selangor Papparaidu Veraman.

Beliau berkata tanggungjawab itu perlu digalas bersama ekoran masyarakat kini yang sering memandang rendah kepada bekas banduan sehingga mereka sukar untuk memperoleh peluang pekerjaan.

Peserta program sedang tekun mendengar tenaga pengajar bagi Slot 2, bertajuk Dasar Gaji Progresif.

“Program Seminar Pembangunan Majikan yang diadakan hari ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada peserta seterusnya diaplikasikan di lapangan pekerjaan.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu, di sini hari ini.

Menurut salah seorang peserta program, Aidil Putra, 28, program berkenaan merupakan salah satu inisiatif berfasa.

“PERKESO sangat kreatif dan terkini dalam penganjuran program kerana ada penglibatan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Papparaidu bersama Barisan Pengurusan PERKESO dan peserta program.

Bagi Wan Norasidah, 43, program ini memberi panduan kaedah pihak pengurusan untuk membimbing kakitangan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Ini kerana, kepakaran mereka tidak dapat dinafikan dengan tangga gaji tertentu,” katanya.

Program berkenaan disertai hampir 200 orang peserta yang rata-ratanya melibatkan pihak majikan.

-RI

Tinggalkan komen anda