Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Melaka Kutip RM112 Juta Zakat Sehingga November

By 12 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azim Othman (Melaka Tengah)/Facebook Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 12 Dis (MalaysiaAktif) – Melaka telah mencatatkan kutipan zakat sebanyak RM112 juta setakat 30 Nov lepas.

Sesi bergambar Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam bersama para pelunas zakat perniagaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kutipan itu meliputi zakat pendapatan, wang simpanan, perniagaan dan lain-lain.

“Melalui kutipan zakat yang semankin meningkat ini, pelbagai program dapat dilaksanakan untuk merancakkan pembangunan ummah di negeri Melaka secara lebih menyeluruh dan berkesan.

“Saya berharap lebih ramai lagi agensi korporat yang lain untuk melunaskan tanggungjawab sebagai pembayar zakat,” katanya yang juga Pengerusi Zakat Melaka di sini semalam.

Lafaz serah dan terima zakat.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam telah berkenan menerima zakat perniagaan daripada semua agensi korporat yang terlibat di Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua negeri Melaka.

Sebanyak 23 agensi korporat dalam negeri Melaka telah menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan menyerahkan zakat perniagaan berdasarkan jumlah keuntungan yang diterima bagi tahun 2025.

-RI

Tinggalkan komen anda