Skip to main content
Berita TempatanSarawak

200 Orang Hadiri Memeriahkan Majlis Ilmu Israk dan Mikraj

By 15 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Senie bin Haji Endin (Betong)

BETONG, 15 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 200 orang hadir memeriahkan Majlis Ilmu sempena Sambutan Israk dan Mikraj 2025 yang telah diadakan di Surau Setia, Kampung Baru Hilir Betong, di sini semalam.

Penghulu Abang Suhaili bin Abang Pay (tiga dari kiri) bersama Kaunselor Abdul Rahim Jaini (kiri) turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Majlis anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Surau Setia Kampung Baru Hilir Betong serta Jawatankuasa Biro Wanita Kampung Baru Hilir Betong dengan penyertaan Jawatankuasa Komuniti MADANI Kampung Melayu Betong.

Penganjuran majlis yang antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada setiap muslimin dan muslimat agar mengambil iktibar daripada peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin (Israk), dan seterusnya dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit (Mikraj) turut dimaknai dengan ceramah oleh Ketua Bahagian Pejabat Tabung Baitulmal Betong Ustaz Zulhazmi Bohari.

Ustaz Zulhazmi Bohari menyampaikan ceramah Israk dan Mikraj sempena majlis ilmu di Surau Setia, Kampung Baru Hilir Betong.

“Perjalanan ini merupakan titik penting dalam hubungan manusia dengan perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW, di mana umatnya diwajibkan menunaikan solat lima waktu. Ia bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan iman dan amal, seterusnya menjauhi perkara-perkara yang tidak baik serta mendekati segala suruhan-Nya,” katanya.

Program berbentuk keagamaan dan pengisian ilmu ini secara tidak langsung dapat mendidik komuniti setempat untuk melaksanakan aktiviti yang sihat, di samping mampu membentuk sahsiah diri yang berkualiti dari segi rohani dan jasmani.

-RJ-

Tinggalkan komen anda