Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

500 Murid Terima Bantuan Persekolahan, Ringankan Beban Keluarga

By 8 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Muhammad Amirul Faisal Rostan

GUA MUSANG, 8 Jan (MalaysiaAktif) – Seramai 500 murid daripada keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan persekolahan menerusi satu program sumbangan yang dianjurkan bagi meringankan beban kewangan ibu bapa menjelang sesi persekolahan baharu di Dewan Dato’ Ariffin, di sini semalam.

Bantuan yang disalurkan merangkumi kelengkapan asas persekolahan seperti beg sekolah, pakaian seragam, kasut serta alat tulis, melibatkan murid sekolah rendah dan menengah di sekitar kawasan berkenaan.

Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang Rafeah Mat Zain menyarungkan beg sekolah baharu kepada adik Aisyah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Datuk Mohd Syahbudin Hashim dalam ucapan perasmiannya berkata komitmen berterusan kerajaan dan agensi terlibat dalam memastikan kebajikan serta pendidikan anak-anak sentiasa diberi keutamaan.

“Pendidikan merupakan pelaburan masa depan negara. Bantuan persekolahan ini diharap dapat mengurangkan beban ibu bapa dan memastikan murid dapat hadir ke sekolah dengan lebih selesa serta bersemangat,” katanya.

Menurutnya, inisiatif seumpama itu bukan sahaja bertujuan membantu dari segi kewangan, malah sebagai sokongan moral kepada murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Ibu bapa yang hadir.

Seorang penerima bantuan, pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 1 Aisyah Mohd Hafiz, 10,  melahirkan rasa terharu dan gembira.

“Saya sangat bersyukur dapat beg dan alat tulis baharu. Kini saya boleh belajar dengan lebih seronok dan yakin tanpa risau tentang peralatan sekolah.

“Terima kasih kepada ADUN Galas dan semua yang sudi membantu kami. Bantuan ini benar-benar bermakna bagi saya dan rakan-rakan,” katanya.

Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa dan warga sekolah serta mencerminkan keprihatinan pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan murid terus terpelihara dan pendidikan tidak tercicir.

-RI

Tinggalkan komen anda