Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kampung Angkat MADANI Guchil Bayam: Harapan Baharu Demi Kesejahteraan Rakyat Desa

By 19 Januari 2026Januari 20th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Fadzlina/Mohd Hussin (Kelantan)

KOTA BHARU, 19 Jan (MalaysiaAktif) – Kampung Guchil Bayam diangkat sebagai Kampung Angkat MADANI dan menerima pelbagai inisiatif pembangunan serta kerja baik pulih infrastruktur asas yang memberi tumpuan kepada keperluan komuniti setempat.

Para hadirin yang hadir.

Majlis Pelancaran dan Penyerahan Kampung Angkat MADANI itu berlangsung di perkarangan Masjid Al-Husna, Kampung Baung Bayam dan disempurnakan Pengarah Pembangunan Persekutuan (ICU JPM) Kelantan Jasri Kasim bersempena sambutan Israk Mikraj.

Pelaksanaan program ini menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan penyelarasan antara kementerian, jabatan serta agensi bersama masyarakat setempat.

Pada majlis sama, turut diadakan penyerahan rasmi projek pembangunan yang telah siap dilaksanakan.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Bayang Murni Mohd Zin, 43, berkata penduduk bersyukur kerana Kampung Guchil Bayam terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI.

Murni bersyukur Kampung Guchil Bayam terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI.

“Saya berharap program itu dapat memberi manfaat dari segi penambahbaikan infrastruktur serta kesejahteraan penduduk setempat,” ketika ditemui, di sini kelmarin.

Program Kampung Angkat MADANI dijangka dapat memperkukuh pembangunan luar bandar serta memastikan setiap inisiatif disampaikan secara menyeluruh, berkesan dan memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan.

-RI

Tinggalkan komen anda