Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk Hampir RM75 juta Setahun untuk Pendidikan Agama

By 28 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Akmar Zulkifli/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 28 Jan (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan hampir RM75 juta setiap tahun untuk pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata peruntukan yang besar dan konsisten itu membuktikan komitmen kerajaan negeri terhadap pendidikan agama di negeri berkenaan.

Wan Rosdy ketika berucap dalam majlis tersebut.

“Bagi tahun 2026 pula, lebih RM116 juta diperuntukkan untuk pengoperasian sekolah agama, selain peruntukan pembangunan dan penyelenggaraan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang Kali ke-24, di sini semalam.

Kerajaan negeri juga katanya mengambil langkah mengurangkan yuran persekolahan dan asrama agar pendidikan agama dapat terus diakses tanpa membebankan ibu bapa.

Sebahagian pelajar yang cemerlang.

Langkah itu kata Wan Rosy adalah bertepatan dengan prinsip kerajaan negeri yang sentiasa memahami dan mendengar suara rakyat.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga katanya percaya kecemerlangan pelajar tidak hanya dibentuk di dalam kelas, tetapi melalui disiplin, kepimpinan dan semangat kerja berpasukan.

“SMAN melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga berakhlak, berdisiplin, yakin diri dan kuat pegangan agamanya,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda