Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

KPDN Perlis Tumpaskan Penyelewengan Minyak Petrol di Padang Besar

By 6 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini/KPDN Perlis (Perlis)

PADANG BESAR, 6 Jan (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak petrol selepas menahan seorang lelaki tempatan dalam satu operasi penguatkuasaan di sekitar Padang Besar, semalam.

Kenderaan jenis Proton Wira yang telah diubah suai

Menurut Pengarah Pejabat KPDN Perlis Rohaida Hassan suspek ditahan ketika memandu sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang telah diubah suai dengan pemasangan tangki khas bagi tujuan pembelian dan penyelewengan minyak petrol.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan berkenaan membawa kira-kira 100 liter minyak petrol, dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM3,265,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ubah suai pemasangan tangki khas bagi aktiviti penyelewengan

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLAFTPUAA) 2001.

Rohaida menegaskan KPDN tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau sindiket yang terlibat dalam penyelewengan barang kawalan.

-AA-

Tinggalkan komen anda