Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Mukah Kongsi Kegembiraan Tahun Baru Cina Dengan Pesakit

By 18 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Bin Immun (Sarawak)

MUKAH, 17 Jan (MalaysiaAktif) – Suasana penuh keceriaan dan kemesraan jelas terasa apabila Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Mukah (Mukah Life Care Society) mengadakan lawatan muhibah ke Hospital Mukah hari ini sempena Kempen Derma Darah dan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung Februari depan.

Pengerusi pertubuhan, Tang Tiing Ping berkata lawatan itu bertujuan berkongsi kegembiraan bersama pesakit, petugas kesihatan dan ahli keluarga yang diraikan.

Wong Yieng Lu, salah seorang ahli Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Mukah, menyerahkan beg makanan kepada pesakit Hospital Mukah  bagi berkongsi kegembiraan dan semangat positif.

“Kita telah bertemu enam pesakit di Wad Lelaki, lapan pesakit di Wad Perempuan, lapan pesakit di Wad Kanak-kanak dan empat pesakit di Wad Bersalin  untuk menyampaikan buah tangan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di Hospital Mukah, di sini semalam.

Lawatan dengan kebenaran pihak Hospital Mukah itu menyaksikan pegawai serta jururawat menyambut baik kehadiran mereka di lokasi terbabit.

Tang menekankan bahawa program seperti ini bukan sahaja menceriakan penerima, malah memberi suntikan semangat agar pesakit terus tabah menghadapi cabaran kesihatan.

Ahli Komuniti MADANI daripada KM Kpg Datuk di Wad Lelaki Hospital Mukah menerima beg makanan daripada Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Mukah sempena lawatan muhibbah Tahun Baru Cina.

“Seperti mana kita tahu, perayaan Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan masyarakat Cina, sebaliknya turut disambut bersama oleh masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama,” katanya.

Tang berharap lawatan muhibah ini dapat membawa kegembiraan dan mengeratkan hubungan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Ah Seng menyampaikan sumbangan kepada wakil ahli keluarga pesakit sempena lawatan muhibbah Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Mukah di Hospital Mukah.

Pihak hospital turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan pertubuhan yang membantu meningkatkan kesejahteraan emosi pesakit serta motivasi warga kerja hospital.

Semasa lawatan, Tang bersama ahli pertubuhan menyampaikan buah tangan kepada pesakit dan keluarga mereka serta merakam gambar kenang-kenangan sambil mengucapkan selamat Tahun Baru Cina.

-RJ-

Tinggalkan komen anda