
Laporan/foto: Herman Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Jan (MalaysiaAktif) – Pesta Ponggal peringkat Parlimen Batu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Batu di sini semalamtelah menghimpunkan kira-kira 150 orang pengunjung yang terdiri dari pelbagai kaum.

Prabakaran memberikan ucapan perasmian Sambutan Pesta Ponggal Peringkat Parlimen Batu.
“Ini telah membuktikan semangat ukhuwah berbilang kaum yang sangat sihat dan menjadi kunci pemangkin semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata Ahli Parlimen Batu P.Prabakaran, ketika merasmikan program tersebut.
Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Pekan Batu Sohori Miswan turut bersetuju bahawa Pesta Ponggal ini sangat unik kerana dapat mengumpulkan tiga kaum majoriti di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
“Ini membuktikan bahawa sifat perpaduan antara kaum masih utuh dan tidak perlu disangkal.

Manimegalai menyifatkan pesta tersebut merupakan perayaan untuk berterima kasih kepada alam semula jadi.
Sementara itu penduduk setempat Manimegalai Muniandy, 53, menyifatkan pesta tersebut merupakan perayaan untuk berterima kasih kepada alam semula jadi dan juga haiwan ternakan seperti lembu yang membantu dari aspek pertanian.
“Di samping itu satu lagi yang ditunggu oleh masyarakat agama Hindu ialah ‘Kanni Ponggal‘ iaitu satu hari yang dikhaskan untuk anak-anak gadis yang masih belum berkahwin untuk mencari jodoh,” katanya
-RI





