Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Masjid Pusat Penyatuan dan Pembentukan Generasi Berilmu

By 25 Januari 2026Januari 26th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Rashid/Najmi Ariffin (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 25 Jan (MalaysiaAktif) – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa masjid bukan sekadar mercu tanda kebanggaan penduduk, tetapi juga memberi impak besar sebagai pusat penyatuan komuniti dan pembentukan generasi berilmu serta berakhlak.

Anwar berucap pada Majlis Perasmian Masjid Jamek Kubang Ulu, di sini semalam.

Anwar menekankan masjid harus dimanfaatkan sebagai pusat pencerahan pemikiran serta pembentukan akhlak yang selari dengan prinsip pendidikan negara dan menyeru supaya institusi agama menjadi benteng pertahanan akidah sambil terbuka kepada penguasaan ilmu dan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, penglibatan aktif anak muda penting bagi memastikan masjid sentiasa diimarahkan sebagai pusat pembangunan ummah dan memberi ruang kepada golongan belia merancang aktiviti yang relevan dengan jiwa mereka.

Anwar mengambil peluang menyantuni penduduk setempat yang hadir.

“Anak muda patut ada jawatankuasa khas di bawah pengurusan masjid supaya mereka boleh menjalankan kelas dan kegiatan mengikut keperluan mereka, selagi mematuhi peraturan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Kubang Ulu, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

-RI

Tinggalkan komen anda