Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Dua Maut, Rumah Teres Terbakar

By 10 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Komuniti Jalan Tenang (Johor Bahru) 

JOHOR BAHRU, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Dua maut dalam kejadian kebakaran sebuah rumah teres di Skudai, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan I Mohamad Kamal Shaari berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 5 pagi.

“Seramai 13 anggota, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux digegaskan ke lokasi kebakaran di Jalan Tenang 14, Taman Damai Jaya, Skudai.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis teres dua tingkat yang memusnahkan kira-kira 40 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Mohamad Kamal, berkata kebakaran dipercayai berlaku di ruang tamu di tingkat bawah rumah didiami mangsa yang menyewa di situ.

“Ketika operasi pemadaman dan pemeriksaan lanjut yang dijalankan, terdapat seorang mangsa lelaki dan seorang wanita berusia masing-masing berumur 22 dan 21 tahun ditemui di tingkat atas rumah berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan hospital.

“Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. Anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata operasi pemadaman berjaya dikawal dan dipadamkan pada 5.51 pagi sebelum ditamatkan pada 8.05 pagi.

-AA-

Tinggalkan komen anda