Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Kelab Rakan Muda Perkukuh Kepimpinan Belia MADANI di Mukah

By 13 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Mukah)

MUKAH, 13 Feb (MalaysiaAktif) — Penubuhan Kelab Rakan Muda di Bahagian Mukah menjadi platform strategik memperkukuh pembangunan belia dan melahirkan generasi MADANI yang berdaya saing, berintegriti, dan aktif dalam pembangunan komuniti.

Tiga kelab utama yang ditubuhkan ialah Kelab Rakan Muda Igan, Tanjong Manis, dan Mukah yang berfungsi sebagai pusat penyelarasan dan pelaksanaan program belia di peringkat akar umbi.

Sebahagian belia Mukah yang hadir pada sesi penubuhan Kelab Rakan Muda Mukah sebagai langkah memperkasa peranan belia di peringkat komuniti.

Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah Bonnie Manau Michael Amerikan berkata penubuhan Kelab Rakan Muda itu memberi ruang kepada belia mengasah bakat kepimpinan, meningkatkan kemahiran insaniah serta memperkukuh semangat kesukarelawanan.

“Kita mahu belia di Mukah menjadi pemangkin pembangunan masyarakat,” ketika ditemui selepas sesi taklimat penubuhan kelab berkenaan di sini, semalam.

Setiap kelab bergerak berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Demokrasi, Rakan Bumi, Rakan Litar, Rakan Niaga, Rakan Prihatin, Rakan Mahir, Rakan Aktif, Rakan Ekspresi, Rakan Digital, dan Rakan Muzik.

Konsep ini memberi fokus kepada pembangunan holistik belia termasuk kesedaran sivik, pemeliharaan alam sekitar, inovasi teknologi, keusahawanan, kemahiran teknikal, gaya hidup sihat, kreativiti seni, literasi digital, serta bakat muzik.

-RJ-

Tinggalkan komen anda