Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Keluarga Orang Asli Batu 2 Terima Rumah Baharu RM30,000

By 12 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faizzad Kamal (Batang Padang)

TAPAH, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Sebuah keluarga Orang Asli di Batu 2 kini mampu menarik nafas lega apabila menerima kediaman baharu bernilai RM30,000 bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan menyempurnakan penyerahan kunci rumah tersebut dalam satu majlis ringkas yang berlangsung dalam suasana penuh mesra, semalam.

Penerima bantuan Anisah Bah Berchok, 50, meluahkan rasa syukur dan menyifatkan bantuan tersebut sebagai sinar baharu buat keluarganya untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa serta selamat.

“Saya amat berterima kasih atas bantuan ini. Rumah ini memberi harapan dan semangat baharu kepada kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tersebut.

Sementara itu, M. Saravanan berkata, usaha membantu golongan memerlukan khususnya dalam kalangan masyarakat Orang Asli akan terus diberi perhatian sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan menjaga kebajikan rakyat.

“Kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan. Kita berharap bantuan ini bukan sahaja memberi keselesaan, malah menjadi pemangkin untuk membina masa depan yang lebih baik,” jelas beliau.

Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat setempat selain menyemai semangat prihatin dan kebersamaan.

Program seumpama ini akan diteruskan bagi memastikan lebih ramai golongan memerlukan menerima manfaat pada masa hadapan.

-AA-

Tinggalkan komen anda