Skip to main content
Berita TempatanSarawak

LAKIS Disaran Kemuka Permohonan Secara Teratur

By 13 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Danial & Hamzah Bohari/Muhamad Danial & Hamzah Bohari (Sarawak)

SONG, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Jawatankuasa Lembaga Amanah Kebajikan Islam Song (LAKIS) disaran mengemukakan sebarang permohonan yang diperlukan secara teratur.

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri II, Morshidi Sa-id berkata pemohon perlu mengemukakan permohonan rasmi dan menyertakan pengesahan jawatan bagi memastikan kelancaran proses penilitian permohonan.

“Pihak lembaga masjid perlu menyediakan surat permohonan rasmi berserta pengesahan jawatankuasa daripada Pejabat Agama Islam Bahagian Kapit serta dokumen sebut harga supaya permohonan ini dapat diteliti dan dipanjangkan kepada pihak berkaitan,” katanya.

Sesi penyerahan surat permohonan dana kepada Haji Morshidi (empat kanan) bagi menampung kos pembangunan dan aktiviti keagamaan.

Beliau berkata demikian ketika melawat Masjid Nurul Islam Song, di sini dan meninjau keperluan semasa masyarakat setempat, semalam.

Dalam sesi pertemuan tersebut, Timbalan Pengerusi LAKIS Hamzah Bohari memaklumkan keperluan mendesak sebuah kenderaan khas bagi memudahkan urusan pengurusan jenazah di kawasan berkenaan.

“Pihak LAKIS amat berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan kerana ia merupakan keperluan asas komuniti Islam di Song. Buat masa ini, kami berdepan kekangan kemudahan pengangkutan khusus untuk pengurusan jenazah,” katanya ketika berucap di majlis tersebut, semalam.

Beliau turut menyuarakan hasrat penambahan sumbangan untuk pembinaan masjid baharu berikutan pertambahan jemaah dan aktiviti keagamaan.

Morshidi kemudiannya turut melawat tapak cadangan pembinaan masjid baharu tersebut bagi meninjau perkembangan semasa projek tersebut.

-RJ-

Tinggalkan komen anda