Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Lestarikan Alam Melalui Program Kitar Semula Marudi

By 10 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hafiz (Marudi) / Majlis Daerah Marudi

MARUDI, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Aktiviti pengumpulan minyak masak terpakai boleh mengelakkan pencemaran sistem perparitan dsan sumber air.

Nur Aida ketika menyelaras operasi pengumpulan minyak masak terpakai dan E-Sisa sempena Program Kitar Semula di Dataran Marudi.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaram Nur Aida Damia Mohamad Nazarie berkata aktiviti yang dijalankan menerusi Program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai serta Barangan Elektrik dan Elektronik (E-Sisa) oleh Majlis Daerah Marudi, di Dataran Marudi kelmarin itu membantu meningkatkan kesedaran berhubung perkara tersebut.

“Pihak penganjur turut menyediakan pusat pengumpulan khas bagi barangan E-Sisa seperti peranti elektronik rosak supaya komponen berbahaya tidak dilupuskan di tapak pelupusan biasa,” katanya yang juga penyelaras program kepada Malaysia Aktif.

Program dengan kerjasama Klinik Kesihatan Daerah Marudi, Eye One Recycle Sdn Bhd dan Sekitar Bumi Hijau Sdn Bhd itu berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga jam 5 petang.

Sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat mencerminkan peningkatan kesedaran komuniti Marudi terhadap amalan kitar semula dan usaha melindungi alam sekitar secara berterusan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda