
Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim (Pendang)
PENDANG, 6 Feb (MalaysiaAktif) – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) masih relevan dalam memberi manfaat kepada ahli serta memainkan peranan penting dalam memperkasa wanita khususnya dalam perkhidmatan awam.

Sebahagian ahli PUSPANITA yang hadir ke mesyuarat
Pengerusi PUSPANITA Daerah Pendang, Sofiah Mat Salleh, berkata demikian ketika Mesyuarat Agung Tahunan 2026 PUSPANITA Daerah Pendang yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, semalam, bagi membentangkan laporan aktiviti dan penyata kewangan tahun 2025 serta melaksanakan pelantikan semula jawatankuasa.
“Saya juga berharap agar jawatankuasa yang dilantik dapat terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dengan penuh amanah dan integriti,” ujarnya.
Penglibatan aktif ahli PUSPANITA dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2025 menunjukkan komitmen dan sokongan daripada ahli terhadap matlamat persatuan serta usaha memperkukuh kebajikan dan pembangunan diri wanita.

Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Daerah Pendang dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Pendang, Mohd Zhafri Dato’ Mohd Zohdi
Mengakhiri mesyuarat, Sofiah menyatakan hasratnya agar PUSPANITA Daerah Pendang terus berperanan aktif dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancangkan untuk tahun ini, agar matlamat persatuan tercapai dan setiap ahli dapat meraih manfaat daripada program-program yang dianjurkan.
-AA-





