Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Tanjung Manis Tuan Rumah Nuzul Al-Quran, Iftar Jamaie Mukah

By 26 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusuf Ahmad/Mohd Hadzlie (Tanjung Manis)

TANJUNG MANIS, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Daerah Tanjung Manis menjadi tuan rumah Majlis Nuzul Al-Quran dan Iftar Jamaie Peringkat Bahagian Mukah 2026 yang dijadual berlangsung di Masjid Darul Arqam Belawai, 6 Mac ini.

Pegawai Daerah Tanjung Manis Ismail Kasah berkata berkata perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penganjuran Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Bahagian Mukah 2026 kelmarin.

Pemanca (jawatan dalam sistem Ketua Masyarakat di Sarawak) Moshidi Moris berkata penganjuran majlis berkenaan menjadi platform terbaik untuk menyatukan masyarakat serta mengeratkan persaudaraan.

“Penduduk di kawasan ini amat menerima baik majlis ini dilaksanakan di Tanjung Manis kerana ia mampu menyatukan masyarakat,” katanya selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di bilik mesyuarat Majlis Daerah Matu dan Daro.

Antara pengisian program termasuk majlis khatam al-Quran, ceramah agama serta berbuka puasa beramai-ramai.

Ismail berkata penganjuran oleh Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bahagian Mukah itu bertujuan menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran.

Beliau menyeru umat Islam di daerah ini hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir ketua masyarakat Daerah Tanjung Manis serta wakil Pegawai Agama Islam Daerah Daro.

-RJ-

Tinggalkan komen anda