Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Batu Katak Tarikan Unik Kedai Lama Pangkalan Feri Durin

By 6 Mac 2026Mac 8th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahgenis Adin/Gordon Akin (Sarawak)

SIBU, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Sebuah batu menyerupai seekor katak menjadi tarikan unik kepada pengunjung di kedai kraftangan lama di kawasan Pangkalan Feri Durin.

Pemilik kedai, Moi Moi, 54, berkata batu tersebut dipercayai terbentuk daripada tanah yang dibawa oleh anai-anai yang membina sarang di lokasi berkenaan pada 2016.

“Walaupun sarang itu pernah dibuang sebanyak dua kali, anai-anai kembali membinanya sehingga terbentuk struktur menyerupai katak yang kekal sehingga kini,” katanya.

Pemilik kedai, Moi Moi, 54, berkata beliau pernah bermimpi mengenai batu katak dan berkongsi pengalaman itu dengan ‘manang cina’ yang mempercayai ia membawa feng shui baik.

Beliau menambah bahawa pernah bermimpi mengenai batu itu dan berkongsi pengalaman tersebut dengan ‘manang cina’ atau dukun yang mempercayai ia membawa feng shui baik.

“Berdasarkan kepercayaan tradisional Cina, batu ini mempunyai unsur feng shui yang baik dan sejak itu kawasan berkenaan dijaga rapi serta menjadi tempat bagi sesetengah pengunjung menyampaikan doa dan harapan,” katanya kepada MalaysiaAktif, hari ini.

Menurut Moi Moi, ada pengunjung yang datang memohon kesembuhan penyakit manakala sebahagian lain berharap memperoleh tuah berkaitan nombor loteri.

Keunikan batu katak menjadikan kedai kraftangan lama di Pangkalan Feri Durin semakin dikenali dan menjadi perbualan menarik dalam kalangan masyarakat setempat serta pengunjung.

-RJ-

Tinggalkan komen anda