
Laporan/foto: Loseyeffer Molly (Bau)
BAU, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Pembinaan bangunan Bidayuh Cultural Centre (BCC) di sini menjadi usaha memperkasa identiti warisan serta kebudayaan masyarakat Bidayuh di kawasan Bau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata pembinaan BCC juga dijangka menjadi mercu tanda baharu bandar Bau yang berfungsi sebagai pusat kebudayaan serta hab komuniti untuk pelbagai aktiviti.
“Saya berharap kemudahan ini dapat digunakan secara optimum dan menjadi pusat penyatuan komuniti serta pemangkin pembangunan di Bau,” katanya ketika menyaksikan majlis simbolik penyerahan kunci bangunan BCC semalam.

Ong Ching Ping (tujuh kanan) bersama Ik Pahon Joyik menerima serahan kunci sebagai simbolik penyerahan bangunan Bidayuh Cultural Centre (BCC) yang telah siap dibina di Bau semalam.
BCC mampu memuatkan sehingga 1,000 orang dan dilengkapi fasiliti moden untuk majlis rasmi, program kebudayaan serta acara komuniti.
Ia turut membuka peluang kepada penggiat seni tempatan menampilkan warisan Bidayuh kepada masyarakat luar sekali gus memelihara adat resam tradisi.
-RJ-





