Skip to main content
Berita TempatanSarawak

MPA Lancar Sistem Keselamatan Maklumat ISO 27001 Kukuh Lindung Data

By 18 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Philip Johnny (Miri)

MIRI, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Lembaga Pelabuhan Miri (MPA) melancarkan sistem keselamatan maklumat bertaraf antarabangsa, MS ISO 27001:2022 Information Security Management System (ISMS) bagi memperkukuh perlindungan data organisasi.

Paulus, berucap pada Majlis Pelancaran MS ISO 27001:2022 ISMS bagi memperkukuh perlindungan data organisasi di Miri semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau merangkap Pengerusi MPA, Dato’ Paulus Palu Gumbang berkata pelaksanaan ISMS merupakan langkah proaktif memastikan keselamatan maklumat organisasi terus terjamin.

“Inisiatif tersebut memberi tumpuan kepada aspek kerahsiaan, integriti serta ketersediaan maklumat dan sistem,” katanya ketika menyempurnakan program itu, di sini semalam.

Menurut Paulus, pelaksanaan sistem tersebut selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 yang menekankan transformasi digital sebagai pemacu pembangunan.

Pengurus Besar MPA, Serawa Budol, berkata pelaksanaan ISMS adalah selaras dengan piawaian antarabangsa ISO 27001 dalam memperkukuh amalan keselamatan maklumat.

“Pematuhan kepada piawaian ini mampu meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap integriti dan profesionalisme organisasi,” katanya.

ISMS merupakan sistem pengurusan kelima yang diintegrasikan dalam Sistem Pengurusan Bersepadu MPA.

Sistem lain yang telah dilaksanakan termasuk pengurusan kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, alam sekitar serta pengurusan anti-rasuah.

-RJ-

Tinggalkan komen anda