Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Chap Goh Mei Belaga Dirai Suasana Harmoni

By 4 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Evelyn Lungan (Sarawak)

BELAGA, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Sambutan Chap Goh Mei di Belaga malam tadi berlangsung dalam suasana sederhana dan harmoni yang mencerminkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di daerah ini.

Majlis anjuran Persatuan Penganut Tokong Eng Hong itu menghimpunkan penduduk setempat bagi meraikan hari ke-15 dan terakhir Tahun Baharu Cina.

Penduduk setempat memeriahkan Sambutan Chap Goh Mei yang berlangsung dalam suasana harmoni di Belaga, malam tadi.

Pengerusi Persatuan Penganut Tokong Eng Hong, Neo Keh Seng 58, berkata Chap Goh Mei melambangkan kesyukuran, perpaduan dan harapan untuk tahun yang lebih baik.

“Chap Goh Mei merupakan hari penutup Tahun Baharu Cina yang melambangkan kesyukuran, perpaduan dan harapan untuk tahun yang lebih baik,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri wakil pemimpin rakyat, ketua masyarakat dan ketua kaum serta ketua jabatan yang bersama-sama memeriahkan sambutan.

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Digital merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang, Wilson Ugak Kumbong, iaitu Sangai Kasing, turut menyerahkan cek berjumlah RM15,000 kepada persatuan berkenaan sebagai sokongan terhadap pembangunan komuniti Cina di Belaga.

Sambutan tersebut menjadi platform memperkukuh perpaduan serta semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah ini.

-RJ-

Tinggalkan komen anda