Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

IPD Besut Rai Hari Polis Ke-219 Dengan Penuh Istiadat

By 26 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Awang Yaacob/Zulkifli Othman (Terengganu)

BESUT, 26 Mac (MalaysiaAktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut menyambut Peringatan Hari Polis ke-219 dalam suasana penuh istiadat dan gilang-gemilang di Dataran Kawad IPD Besut, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut menyampaikan ucapan sempena Peringatan Hari Polis ke-219.

Bertemakan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, majlis dimulakan dengan alunan pancaragam diikuti pemeriksaan perbarisan melibatkan pegawai kanan, anggota serta kakitangan awam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt. Mohd Rozaime Ab Rahim membacakan perutusan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalis Ismail yang menekankan aspek integriti, profesionalisme dan transformasi pasukan ke arah lebih moden.

“Sambutan ini bukan sekadar tradisi, tetapi manifestasi komitmen kami untuk terus melindungi masyarakat dengan penuh amanah dan keberanian,” katanya.

Sebahagian anggota polis yang hadir sempena Peringatan Hari Polis ke-219 di di Dataran Kawad IPD Besut

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga IPD Besut atas usaha menurunkan kadar jenayah serta menyeru agar hubungan polis dan komuniti terus diperkukuh melalui program Community Policing.

Majlis turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada anggota polis, kakitangan awam dan orang awam atas sumbangan dalam membantu pencegahan jenayah di daerah ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda