Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Mydin Parit Buntar Santuni 40 Anak Yatim, Lancar Kempen MEGAAA Balik Kampung

By 4 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita Othman/Mydin Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 4 Mac (Malaysia Aktif) – Mydin Parit Buntar menerusi pengurusan Iman Ikhlas (M) Sdn. Bhd. meneruskan komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan meraikan seramai 40 anak yatim dalam Majlis Iftar Ramadan Perdana 2026, di sini kelmarin.

Muhammad Nakhaei ketika menyampaikan ucapan

Majlis yang berlangsung di Dewan Dealova itu melibatkan anak-anak yatim dari Kediaman Cahaya Ain dan Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Ramli.

Menurut Pengarah Eksekutif Mydin Wilayah Utara, Azmin Saduruddin, penganjuran majlis tersebut merupakan simbolik komitmen pihak pengurusan dalam berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat.

“Kehadiran anak-anak dari sekitar Parlimen Parit Buntar ini amat bermakna kerana kami percaya setiap insan berhak merasai kemeriahan menyambut Ramadan dan Syawal,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Dalam majlis yang sama, Azmin turut memperkenalkan kempen raya Mydin tahun ini iaitu MEGAAA Balik Kampung.

“Kempen ini membawa mesej agar kesibukan membuat persiapan tidak mengurangkan keterujaan untuk pulang menyambut Hari Raya bersama keluarga di kampung halaman,” jelasnya.

Anak-anak yatim dari Kediaman Cahaya Ain

Tambahnya, Mydin turut memperkasakan inisiatif Ramadan melalui pembukaan Bazar Ramadan Mydin di seluruh negara yang turut menawarkan Menu Rahmah pada harga RM4.90 dengan pilihan hidangan berbeza setiap hari.

Mengulas mengenai perkembangan perniagaan, Azmin memaklumkan cawangan Mydin ke-74 iaitu Mydin Gurun, Kedah telah mula beroperasi sepenuhnya pada 29 Januari lalu hasil sokongan berterusan pelanggan.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak Muhammad Nakhaei Abdul Wahab yang mewakili Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

-AA-

Tinggalkan komen anda