Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Semarak Iftar KKPB Perkasa Jati Diri dan Integrasi Nasional Pelajar

By 15 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farah Shaherza (Kuantan)/KKPB

PAYA BESAR, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Program Semarak Iftar 2026 dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh sahsiah serta jati diri pelajar melalui pengisian kenegaraan dan kerohanian sempena bulan Ramadan.

Pengarah KKPB menegaskan bahawa pelajar dari kolej perlu lengkap dengan kemahiran teknikal dan tetap teguh dengan nilai kerohanian dan integrasi nasional

Program anjuran Unit Ambilan dan Pembangunan Pelajar (UAPP), Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB) itu dilaksanakan dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Akademi Pahang 1st menerusi pelbagai aktiviti termasuk taklimat kenegaraan dan sesi interaktif bersama pelajar.

Pengarah KKPB Shuhaila Ibrahim, berkata program tersebut merupakan antara inisiatif kolej dalam melahirkan graduan yang seimbang dari aspek kemahiran teknikal dan pembangunan sahsiah.

“Kolaborasi ini membuktikan komitmen bersama dalam membina modal insan yang bukan sahaja mahir dalam bidang teknikal tetapi juga mempunyai jati diri serta semangat integrasi nasional yang kukuh,” katanya ketika berucap dalam program yang berlangsung di kolej tersebut, Khamis lepas.

Antara peserta yang hadir

Antara pengisian program ialah sesi taklimat kenegaraan oleh penceramah Akademi Kenegaraan Malaysia, Suhaila Mamat, yang memberi pendedahan mengenai konsep Malaysia MADANI kepada para pelajar.

Turut diadakan ialah slot interaktif menggunakan aplikasi Kahoot yang dikendalikan oleh wakil Akademi Pahang 1st bagi menguji pengetahuan pelajar mengenai jati diri anak watan Pahang.

Program tersebut turut diserikan dengan majlis berbuka puasa bersama pelajar serta kehadiran Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Panching, Hasrul Afizan Mohd Din yang meluangkan masa menyantuni para pelajar.

Penganjuran program ini diharap dapat menyemai semangat patriotisme selain memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan agensi luar.

-AA-

Tinggalkan komen anda