
Laporan/foto: Yamuna Marappan/Irma Diana (Bera)
BERA, 31 Mac (MalaysiaAktif) – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan pelancaran buku ‘Cerita Dari Sebuah Belantara’ sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Bera dan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, di sini Sabtu lalu.

Pemimpin-pemimpin tempatan menyambut ketibaan Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Bera dan KOSMA.
Turut berkenan bercemar duli berangkat ke majlis ini adalah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
-RI





