Skip to main content
KedahBerita TempatanBerita Utara

Tanwir Ramadan Perkasa Kerohanian Penjawat Awam Daerah Kuala Muda

By 5 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Sufe Fuddin (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Program Tanwir Ramadan berjaya menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan serta memberi pengisian rohani kepada masyarakat setempat, khususnya penjawat awam di daerah ini.

Program yang  diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) hari ini bertujuan memperkukuh akhlak, jati diri, dan integriti penjawat awam melalui ceramah, dialog interaktif serta aktiviti membina ukhuwah.

Pegawai Daerah Kuala Muda ketika berucap.

Pegawai Daerah Kuala Muda Azmin Zainol Abidin, berkata penganjuran program seperti ini amat penting bagi memberi pengisian rohani kepada penjawat awam supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh integriti dan rasa tanggungjawab.

“Program Tanwir Ramadan Perkasa Kerohanian Penjawat Awam bukan sahaja meningkatkan kefahaman agama, malah dapat membentuk jati diri penjawat awam agar sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi serta menjadikan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam perkhidmatan,” katanya.

Menurut pendakwah yang juga Kadi Daerah Kota Setar Dato’ Syeikh Ahmad Faisol Omar, berkata pentingnya umat Islam menghayati bulan Ramadan sebagai medan untuk memperbaiki diri dan memperkukuh hubungan sesama insan.

“Bulan Ramadan merupakan peluang terbaik untuk umat Islam memperbaiki diri, memperbanyakkan amalan ibadah serta membentuk akhlak yang mulia.

“Penjawat awam juga perlu menjadikan nilai-nilai yang dipupuk sepanjang Ramadan seperti amanah, disiplin dan kejujuran sebagai amalan dalam menjalankan tugas kepada masyarakat dan negara,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda