Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Teteng Wei Lambang Warisan Budaya Kaum Ukit

By 6 Mac 2026Mac 8th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Evelyn Lungan/Clarence Chin (Sarawak)

BELAGA, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Teteng Wei atau dinding rotan berhias menjadi lambang warisan budaya dan kreativiti komuniti Uma Ukit Apau Koyan di Sungai Asap.

Dinding rotan sepanjang 185.4 meter itu mencerminkan kemahiran serta dedikasi kaum Ukit yang tergolong dalam etnik minoriti Orang Ulu yang masih wujud di negeri ini dalam memelihara tradisi anyaman rotan yang diwarisi turun-temurun.

Proses meraut rotan untuk melicinkan permukaannya.

Pengunjung, Awangku Hamizan, 30, berkata setiap anyaman rotan pada Teteng Wei mempamerkan ketelitian serta kreativiti masyarakat Uma Ukit.

“Melihat Teteng Wei dari dekat membuatkan saya kagum kerana ia bukan sahaja cantik malah memaparkan kisah dan identiti unik kaum Ukit,” katanya ketika ditemui di perkampungan berkenaan, di sini semalam.

Awangku menelusuri ruai Uma Ukit yang dipenuhi dengan rotan berhias.

Projek penghasilan Teteng Wei bermula semasa Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 yang memberi peluang kepada komuniti Uma Ukit menumpukan usaha memartabatkan seni dan tradisi mereka.

Teteng Wei turut diiktiraf dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Dinding Rotan Berhias Terpanjang sekali gus menambah nilai kebanggaan kepada komuniti Uma Ukit.

Teteng Wei bukan sahaja warisan fizikal tetapi turut mencerminkan nilai, identiti dan semangat kebersamaan yang terus dipelihara oleh kaum Ukit dalam landskap kepelbagaian budaya Sarawak.

-RJ-

Tinggalkan komen anda