Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Seminar Nuzul Al-Quran Titik Perubahan Tamadun Islam

By 6 Mac 2026Mac 8th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sarawak)

SRI AMAN, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Peristiwa Nuzul Al-Quran perlu dilihat sebagai satu titik perubahan besar dalam pembentukan tamadun Islam yang berteraskan ilmu, akhlak dan keadilan, dan bukannya sekadar catatan sejarah semata-mata.

Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Mual Suaud berkata cabaran utama umat Islam masa kini adalah untuk memastikan masyarakat bukan sahaja mampu membaca kitab suci itu dengan baik tetapi benar-benar memahami dan menghayati mesejnya.

Barisan pembentang seminar bergambar bersama Mual Suaud (tengah) selepas sesi perkongsian ilmu mengenai sejarah dan kefahaman Al-Quran.

“Ibu bapa, guru dan institusi pendidikan perlu memainkan peranan lebih aktif dalam membudayakan pengajian al-Quran sejak usia muda bagi melahirkan generasi yang celik huruf serta celik kefahaman,” katanya ketika menyempurnakan majlis penangguhan Seminar Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2026M di sini, hari ini.

Seminar setengah hari anjuran Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana dengan kerjasama JAIS dan Sekolah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak Sri Aman ini menampilkan lima pembentang berpengalaman.

Program yang dihadiri seramai 210 peserta dari sekitar Sri Aman ini membincangkan pelbagai tajuk ilmiah termasuk Sejarah Al-Quran, Waqaf Ibtida dan Kajian Al-Fatihah.

-RJ-

Tinggalkan komen anda