Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kepatuhan Undang-Undang Perkukuh Keadilan, Keharmonian Negara

By 24 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Norhafizah Abd Rahim (Terengganu)

MARANG, 24 April (MalaysiaaAktif) – Pematuhan kepada peraturan dan undang-undang amat penting bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta keharmonian negara terus terpelihara.

Pegawai Mahkamah Tinggi Terengganu, Shahrol Ismail berkata setiap peraturan diwujudkan bagi mengawal tingkah laku masyarakat supaya kehidupan bersama dapat berjalan dengan aman, teratur serta saling menghormati hak antara satu sama lain.

“Tanpa pematuhan kepada undang-undang, pelbagai masalah seperti ketidakadilan, jenayah dan perpecahan masyarakat boleh berlaku,” katanya ketika menyampaikan taklimat khas pada Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) @ Sembang Santai di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Bukit Payong, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Komuniti MADANI Pekan Bukit Payong, Adang Deraman berkata program seumpama itu penting bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat dan sahih, selain meningkatkan kefahaman terhadap peranan komuniti dalam pembangunan negara.

“Pendekatan santai seperti ini memudahkan masyarakat memahami peranan Komuniti MADANI serta menggalakkan mereka untuk turut serta dalam aktiviti komuniti,” katanya.

Program anjuran Komuniti MADANI DUN Bukit Payung ini menjadi platform penting dalam memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai peranan rakyat dalam membina komuniti yang berakhlak, bersatu padu, adil dan sejahtera berlandaskan undang-undang.

-FN

Tinggalkan komen anda